Thursday, September 27, 2012

Bill Gates



William Henry Gates III (lahir 1955) ialah usahawan, eksekutif perisian, dan dermawan Amerika Syarikat serta juga Pengerusi Microsoft. Beliau juga merupakan salah satu usahawan revolusi komputer peribadi yang paling terkenal. Pada 15 Jun 2006, Gates mengumumkan bahawa beliau akan menamatkan peranan hariannya di Microsoft secara beransur-ansur dalam tempoh dua tahun untuk membaktikan kehidupannya kepada bidang kedermawanan. Majalah Forbes menempatkan Gates sebagai orang yang paling terkaya di dunia antara tahun 1995 hingga 2007, dengan nilai bersih melebihi AS$56bilion.
2.   Dilahirkan kepada sebuah keluarga yang kaya, Gates menonjolkan diri dalam bidang matematik dan sainssemasa di sekolah rendah. Bersama-sama dengan Paul Allen, beliau memulakan sebuah usaha sama yang dikenali sebagai Traf-O-Data ketika hanya berumur 14 tahun. Usaha sama itu membuat pembilang lalu lintas web, berasaskan pemproses Intel 8008. Gates mendaftarkan diri di Kolej Harvard pada tahun 1973, walaupun beliau tidak memiliki sebarang rancangan pembelajaran yang tertentu. Akhirnya, beliau meninggalkan kolej itu tanpa memperoleh ijazah.
3.   Selepas membaca terbitan Popular Electronics bagi bulan Januari 1975 yang menonjolkan Altair 8800, Gates menghubungi MITS (Micro Instrumentation and Telemetry Systems), perekamikrokomputer yang baru itu. Beliau memberitahu MITS bahawa beliau serta rakan-rakannya sedang mengerjakan pentafsir BASIC untuk pelantar mikrokomputer tersebut walaupun sebenarnya, Gates dan Allen masih belum menulis sebarang kod yang berkaitan ketika itu. Demonstrasi yang diadakan kemudian di pejabat MITS di Albuquerque mencapai kejayaan dan menghasilkan sebuah perjanjian untuk mengedar pentafsir Altair BASIC bagi pihak MITS. Paul Allen dan Gates menamai perkongsian mereka sebagai "Micro-soft" (sepatah kata gabungan yang terdiri daripadamicrocomputer dan software (perisian)) pada bulan November 1975. Pada 26 November 1976, tanda dagang "Microsoft" (dengan tanda sempang digugurkan) didaftarkan dengan USPTO.
4.   Pada tahun 1980, IBM menghubungi Microsoft untuk membangunkan sebuah pentafsir BASICuntuk IBM PCkomputer peribadi IBM yang baru. Gates mencadangkan penggunaan 86-DOS(QDOS), sebuah sistem pengendalian yang serupa dengan CP/M. CP/M dibangunkan oleh Tim Paterson dari Seattle Computer Products (SCP) untuk perkakasan komputer yang agak serupa dengan IBM PC. Microsoft kemudian mengikat urus janji dengan SCP untuk menjadi sebuah ejen pelesenan yang eksklusif untuk 86-DOS, dengan tujuan untuk menjadi pemilik penuh kemudian.Selepas mengubah suai sistem pengendalian 86-DOS untuk IBM PC, Microsoft menyampaikannya kepada IBM sebagai PC-DOS untuk bayaran sekaligus. Gates mendesak bahawa IBM membenarkan Microsoft mengekalkan hak cipta sistem pengendalian itu kerana beliau mempercayai bahawa para penjual perkakasan komputer akan mengklon sistem IBM. Sebagaimana yang diramalkan oleh Gates, keadaan tersebut berlaku dan jualan MS-DOS menyebabkan Microsoft menjadi salah satu pemain yang utama dalam industri.
5.   Sejak dari pengasasan Microsoft pada tahun 1975 sehingga tahun 2006, Gates bertanggungjawab terutamanya kepada strategi keluaran Microsoft. Beliau menambahkan keluaran-keluaran syarikat secara agresif dan mempertahankan kedudukan keluaran-keluarannya yang utama dengan penuh bersemangat. Banyaknya keputusann yang mendatangkan litigasi antitrust terhadap amalan-amalan perniagaan Microsoft telah diluluskan oleh Gates.
6.   Pada tahun 2000, Gates dan isterinya mengasaskan Yayasan Bill & Melinda Gates, sebuah yayasan amal. Gates memberikan penghargaan kepada Warren Buffett kerana mempengaruhi keputusannya tentang hal tersebut. Menurut sebuah makalah majalah Forbes pada tahun 2004, beliau telah menyumbang melebihi AS$29 bilion kepada berbagai-bagai pertubuhan amal 

No comments:

Post a Comment