Friday, September 28, 2012

Alienware



Alienware akan mengeluarkan gaming laptop versi terbaru, kali ini siri M14, M17 dan M18 akan dimunculkan kembali dengan ciri terbaru yang menjadikannya lebih bagus dari versi lama mereka pada tahun 2011. Barisan produk baru ini akan dimuatkan dengan pemacu grafik Nvidia 6 menampilkan memori GDDR5 dan PCI3.0, versi terdahulu cuma menggunakan PCI 2.0 sahaja.

Mengenai kepantasan, gaming laptop terbaru Alienware akan memiliki kepantasan cip pemproses dengan getaran 1600Mhz bersamaan 1.6Ghz, kepantasan cip ini menyamai kepantasan cip pemproses Intel yang digunakan pada ultrabook generasi kedua terutama ultraboook Samsung Series 9 14 inci dan 15 inci. Anda sudah boleh bayangkan betapa pantasnya laptop Alienware beroperasi (no wonder harganya juga tinggi menyamai harga ultrabook).
Cakera keras yang akan dipasang pada model terbaru adalah dari jenis Solid State Drive menggunakan pemacu mSATA, kesannya cakera keras Alienware versi terbaru ini 50% lebih bagus dari kepantasan cakera keras versi terdahulu ketika mahu menyimpan data dan mengakses data saat laptop sedang beroperasi.
Kami masih belum diberitahu bilakah Alienware akan memperkenalkan gaming laptop terbaru mereka dan berapakah harga rasmi untuk model-model terbaru dalam siri M14, M17 juga M18.Alienware akan membuat pengumuman khas pada 24 April 2012 bersamaan dengan jadualpelancaran rasmi cip generasi terbaru Intel hasil kejuruteraan Ivy Bridge. Entah apa yang Alienwaremahu sampaikan pada hari itu.
                                           

No comments:

Post a Comment