Cara asas mengesan kerosakan komponen komputer:
1. Pasang komponen-komponen komputer yang asas untuk menghidupkan komputer sahaja terlebih dahulu, iaitu:
a) Motherboard (nombor 1 – northbridge chipset)
b) Processor (nombor 2)
c) RAM (nombor 3)
d) Built-in / External Graphic Card (nombor 4)
e) Casing
f) Power Supply
g) Monitor
* Komponen-komponen komputer yang lain jangan dipasang lagi.
2. Hidupkan komputer.
3. Dua cara untuk memastikan semua komponen komputer tadi telah dipasang dengan baik / berkeadaan baik atau tidak, iaitu:
a) BIOS Beep Error Code – Sekiranya tiada bunyi beep error,
ia menandakan komputer berkeadaan baik, maka boleh pasang / uji komponen yang lain pula.
b) POST – Sekiranya paparan monitor memaparkan proses POST yang terlibat,
ia juga menandakan komputer berkeadaan baik, maka boleh pasang / uji komponen komputer yang lain pula.
* Adalah sangat disarankan supaya setiap kali selepas memasang processor, ram,
external graphic card (jika ada) – jangan terus memasang hard disk, cd-rom, sound card dan
komponen-komponen komputer lain terlebih dahulu.
Pastikan membuat pengujian seperti kaedah di atas, jika tidak kita mungkin akan mengalami kesukaran untuk
mencari punca kerosakan / kesilapan pemasangan sekiranya berlaku error “No Display” pada monitor.
Walaupun puncanya ialah disebabkan hard disk tersilap setting jumper,
tetapi berkemungkinan kita akan menganggap RAM yang bermasalah pula.
No comments:
Post a Comment