*Komponen Komputer Pada Motherboard dan Fungsinya*
1.Socket Processor
Socket Processor terletak di sudut atas motherboard
(pastikan kita melihat motherboard pada kedudukan yang betul).
Socket Processor dihubungkan kepada Northbridge Chipset.
Socket Processor mestilah berdekatan dengan Northbridge
Chipset supaya kadar penghantaran data
yang diproses dapat dilakukan dengan pantas.
2.RAM Slot (Memory Slot)
RAM slot terletak di sudut kanan motherboard.
RAM Slot juga terletak berdekatan dengan Northbridge
Chipset supaya ingatan dapat dicapai dengan pantas pada setiap masa.
3.Graphics Card Slot
Graphics Card Slot juga berdekatan dengan Northbridge Chipset supaya
gambar/paparan pada monitor dapat dihasilkan dengan pantas pada setiap masa.
4.Northbridge Chipset
Northbridge Chipset (di sudut atas motherboard)
adalah satu IC pada motherboard yang ditugaskan untuk
menjalankan fungsi-fungsi utama dalam sebuah komputer.
Ada berbagai jenama, diantaranya ialah Intel, Sis,
VIA.
Kebanyakan motherboard terkini dilengkapi penyejuk khas
untuk chipset ini kerana bebanan tugas yang dilakukan
pada setiap masa,
menyebabkan chipset ini sangat memerlukan sistem
peyejuk khas.
Dengan adanya northbridge chipset, maka komponen utama
seperti Processor,
RAM dan Graphic Card dapat diurus dan dihubungkan kepada komponen-komponen motherboard yang lain.
5.Southbridge Chipset
Sothbridge Chipset (di sudut bawah motherboard) disambungkan kepada Northbridge Chipset,
bagi tujuan penghantaran data kepada komponen-komponen kecil yang lain.
Operasi penghantaran data di chipset ini adalah kurang pantas sedikit berbanding northbridge chipset.
Chipset ini melakukan penghantaran data pada masa-masa tertentu yang diperlukan.